steadyaku47

Monday 30 November 2015

Sopian Ahmad : Orang kampong kata: Licin macam belut!


Ada orang komplain mengapa Ketua Menteri Melaka beli dan guna kereta mewah seperti Mercedes Benz S400 dan Lexus R350, sementara sebuah Honda Accord sudah pun sedia ada!

Mercedes Benz S Class 2014 S400

 
Lexus RX 350

Harga Mercedes itu ialah RM592,450.00 [July 2015] sementara Lexus tu harganya RM402,507.36 [October 2013]

Ketua Menteri Melaka juga adalah Pengerusi kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan Syarekat Air Melaka Berhad.Beritanya kereta mewah itu dibelikan untuk tugas syarekat yg berlainan inilah!

Jadi bila disoal, jawapannya cukup menarik perhatian pengundi! Bacalah jawapan yg mereka berikan dalam persidangan ADUN!

Terjemahan dari lapuran dalam bahasa Inggeris:
"Kenderaan MCM1[Mercedes] disediakan untuk kegunaan Pengerusi PKNM, melihatkan kedudukan kewangan syarekat itu adalah menggalakkan, hasil dari ikhtiar Pengerusi menarik pelaburan kepadanya. Jadi, sebuah kenderaan telah dibelikan bagi kegunaan rasmi bagi Pengerusi melawat tempat tempat projek dan untuk menjaga imejnya dimata pelabur. Pembelian itu diluluskan oleh mesyuarat lembaga pengarah Bil. 2/2015. yg diadakan pada 13 Julai, 2015."

Komen saya:

Ini macam Menteri yg melihat wang Yapeim digunakan "MENGIKUT PERATURN" lah! Dan wang tersebut di "LULUSKAN." Jadi apa SALAHNYA?

Terang terang kita boleh lihat jenis dan corak pemikiran pemimpin yg berkuasa. Dari segi "character" macam mereka ini terjabak dalam "hedonisma" yakni sukakan sangat akan "temasya hidup riang ria."

Saya dok harap, masa mengundi dulu, bahawasanya mereka yg dipilih itu akan sentiasa mengambil kira keadaan ekonomi yg serba kekurangan yg melanda nasib Bangsa. Jadi, harapan saya adalah mereka akan mencari protokol dan cara atau peraturan yang "membolehkan" mereka "menggunakan" apa jua hasil kekayaan hasil dari syarekat syarekat negeri untuk mengubah keadaan ekonomi Bangsa tadi.

Tapi yg terang kita lihat sekarang ialah, bila kewangan syarekat menggalakan,[ada untungla tu] mereka menggunakan cara dan protocol yg mereka adakan untuk membeli kereta mewah untuk pengerusi melawat tapak projek dan menjaga IMEJ pengerusi!

Dalam case Yapeim, mereka ambil adik beradik jadi pegawai dan berikan gaji tinggi tinggi! Mereka juga buat lawatan keluar negara untuk buat kursus yg PASTI ada gunanya!
Orang kapong kata: licin macam belut! Puak ni nak pegang tak lekat!

Jadi orang kapong kena menilai bagus atau tidak pemimpin macamtu. Orang kapong mesti tahu, bila mengundi nanti, pemimpin yang nak membela nasib mereka atau pemimpin yg nak jaga imej dia denagan kereta mewah yg merteka mahu.

Berhati hatilah dalam membuat pilihan. Jangan hanya dengar kempen politik dan jangan sekali kali pandang kepada "duit kopi!"

Wajib menilai dan wajib berfikir.

No comments:

Post a Comment