steadyaku47

Friday 15 April 2016

Rafizi Ramli : Najib & Flom the Flop Masuk Kandang!



Alhamdulillah akhirnya cita-cita rakyat Malaysia mahu melihat Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berada di dalam kandang saksi di mahkamah dimakbulkan juga. Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Perdana Menteri dan isteri untuk membatalkan pembelaan "fair comments" saya. Mahkamah seterusnya mengarahkan supaya kes saman oleh Perdana Menteri itu dibicarakan di dalam mahkamah terbuka.

Bagi mereka yang kurang biasa dengan undang-undang dan saman, apabila seseorang mengemukakan saman (plaintiff), dia akan membuat Penyataan Tuntutan menyenaraikan perkara apa yang hendak disaman dan kenapa perkara-perkara itu memalukannya.

Orang yang disaman (defendan) pula berhak memfailkan penyataan balas yang disebut Penyataan Pembelaan yang menerangkan kenapa apa yang diperkatakan itu bukan fitnah dan beliau berhak membuat komen tersebut.

Dalam kes saman Najib Razak terhadap saya:

1) beliau dan isteri menyaman saya

2) kemudian beliau dan isteri memfailkan permohonan agar mahkamah membatalkan penyataan pembelaan saya supaya saya tidak dapat membela diri

Jika ini dibenarkan mahkamah, kes saman ini tidak perlu melalui perbicaraan dan keputusan/hukuman dijatuhkan terus oleh hakim.

Alhamdulillah hari ini YA Hakim mengarahkan supaya ia melalui perbicaraan penuh dan saya dibenarkan membela diri.

Seronoknya nak berjumpa Najib Razak dan Datin Seri Rosmah dari dalam kandang (saksi). 

Mohon sebarkan supaya mereka yang selalu menyebarkan fitnah kononnya saya berkata "saya minta maaf dan bergurau" itu mendapat pencerahan.

No comments:

Post a Comment