steadyaku47

Monday 11 July 2016

"Demi Allah, saya mengharamkan tiap hasil dari titik peluh saya dikutip melalui cukai gst"



Comment from Katana Kita to Saudara Sopian Ahmad posting "Malaysia ka arah Failed State: Melayu adalah Bangsa Majoriti Negara ini. Makanya Bangsa Melayu lah yang bertanggungjawab".

 
Tuan sofian dan tuan blog yg saya hormati. 

Salaam buat kalian.

Jelas dan nyata betapa hebatnya bangsa melayu...iaitu kalian berdua. Pendapat tuan tidak mampu di tolak atau dibuang begitu saja,lantas kepincangan maruah kononnya di panggil pemimpin negara. Apakah melayu ini terlalu bodoh atau memang sengaja mahu di anggap bodoh dlm berjuang memertabatkan maruah? Jelas ketakutan mengatasi semangat juang pahlawan melayu terdahulu. Sewajibnya melayu itu berani,tegas serta pantang tercabar demi kebenaran. Tetapi demi sejumlah harga,maruah nya terus digadai. Apakah murah sangat maruah melayu ini? Ya, memang murah!

Hanya dengan tipu daya dan janji manis pun pasti di jual maruahnya.....

Saya bangsa melayu,yg hanya mampu melihat kemusnahan ini lantas berjuang keseorangan demi menangkis kemungkaran yg berlaku di depan mata. Demi Allah,seperti janji saya,saya mengharamkan tiap hasil dari titik peluh saya dikutip melalui cukai gst di setiap perbelanjaan saya, walaupun jelas nyata saya berstatus OKU. Tetap saya haramkan.

Sekian buat kalian,anda bangsa yg hebat.
 · 

No comments:

Post a Comment