steadyaku47

Sunday 19 February 2017

Malaysia Hari Ini...Yang Mana Satu....


RRU355
Utusan kata 15,000 sahaja hadzir, PDRM kata 25,000, Malaysiakini pulak 55,000. PAS sendiri kata100,000, walaupun 300,000 disasarkan.
Pilihlah yang mana hendak dipercayai.....



Latheefa Koya
Tahniah, dapat mobilisasi ramai orang- berduyun2 lah katakan. Dengan sokongan penuh pimpinan UMNO, Polis, Pekida. Dengar ramai juga bekas2 artis (kategori dah tobat yang pakai topi, jubah dan kopiah). Bagus2. 
Tetapi apakah ini bermakna permainan politik dah selesai? Tidak! Apakah dalam sidang Parlimen yang terdekat ini, BN bersetuju untuk sokong dan sanggup luluskan RUU355? 
MP-MP dari Sabah & Sarawak setuju ke? Saya tak sabar nak saksikan sejauh mana tarik isu RUU355 ni. 
Sampai lupa sapa musuh negara.. setakat nak kata musuh negara ialah DAP- itu ayat basi. 
Secara realiti yang ada kuasa untuk sokong dan luluskan adalah UMNO. So mari-mari jangan tak mari, bawa popcorn- sidang parlimen akan mula Mac 6 ni. 
Presiden PAS kena hadir lah. Jangan hilangkan diri pulak. Najib pun jangan sibuk ke Shanghai, pergi jumpa Jho Low pulak ya. 
Geleng-geleng, angguk-angguk. 
Semoga rakyat Malaysia yang Muslim tidak jadi mangsa agamawan palsu.

No comments:

Post a Comment